Assalamulaikum
So aku pon nak buat juga imbasan 2011 nie, tapi about me lah ye. Well, tahun 2011 nie memang banyak yang berlaku, terlalu banyak aku rasa, sebab aku dapat rasa impak yang sangat besar dalam hidup aku.Ada perkara yang manis dan ada perkara yang pahit. That's normal la kan, hidup kita memang dah lumrah nya cenggitu lah..Starting from the beginning of the this year, aku telah kehilangan seorang kakak yang sangat-sangat penyayang dan baik. Arwah pergi pada 3/4/2011. At that time, aku still struggiling tuk siap kan final year project and my last semester kat UNIMAS, and sebab tiket flight nak balik Terengganu cume tinggal malam jer...family semua nasihat tak payah balik. Aku masa tu regret sangat sebab belajar jauh-jauh. Aku fikir,kalau aku belajar kat semenanjung, mesti aku dapat balik tgk arwah for the last time before diorang tanam. Tapi aku realized then, yang ajal nie tak kira aku ada kat mana, bila masa dah sampai, tak kan boleh tunggu lg. Sedih memang teramat sedih, family semua pon rasa terasa kesan yang sama. Sampai aku kesian bila tgk anak-anak arwah. Tapi alhamdulilah, dengan kematian yang ALLAH dah tetapkan, semua orang sedar yang ajal maut tu tak kira muda @ tua dan dunia ni hanya pinjaman semata-mata.Our family jadi lagi kuat dan makin rapat setiap hari. Semoga ALLAh tempatkan roh arwah disisi orang-orang yang beriman dan amal soleh.Al-FATIHAH untuk arwah SURAYA ISMAIL
Akhirnye, aku berjaya menamatkan pelajaran aku kat UNIMAS, genap dalam masa 3 tahun, dan aku rasa pencapaian yang aku dapat, alhamdulilah, sesuai dengan usaha aku sendiri. Segenggam ijazah akhirnye dalam genggaman. Yela cita-cita dari kecik kecik dulu, masa umur 6 tahun lagi. Kalau orang tanya nak belajar sampai mana, mesti jawab sampai menara gading kn?? Sedar tak sedar, masa di menara gading tu dah pun tamat, aku dah pun abis belajar and aku telah bergraduat pada 23/10/2011 baru-baru nie. Alhamdulilah, syukur.Walau sekarang masih lagi tak bekerja, tapi doa-doa lah ye moga kemarau penggangguran nie tamat bila dah masuk 2012 nanti.
Another thing that happen this year, alhamdulilah aku dapat mengerjakan umrah pada bulan puasa. Thanks to Che som and Ismail..a.k.a ma and abah kerana sudi sponsor saya mengerjakan umrah..saya sayang anda berdua, dunia akhirat. Pengalaman nie memang sangat bermakna dalam hidup aku. Bukan senang nak ke sana, and alhamdulilah terpilih untuk jadi tetamu ALLAH sangat - sangat beerti bagi aku. It is a miracle for me to be there with parents. Dapat melihat sendiri bumi Rasul junjungan kita, aku rasa bersyukur sangat and rasa nak pergi lagi membuak buak mcm minyak panas dalam hati ini. Tapi aku cuma mampu berdoa, moga-moga ada rezeki nak kesana lagi, kalau boleh nak pergi satu family. So aku kene cepat-cepat cari keje dan kumpul duit plak nak pergi Mekah.
Perkara-perkara lain yang kecik-kecik juga memang banyak mainkan peranan mengubah hidup aku dalam tahun 2011 nie. I grow up stronger and I learn to be an adult. Moga-moga tahun 2012 akan lebih diberkati dan insyaallah aku nak isi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat dan lebih dekat dengan yang Maha Pencipta. Insyaallah.
image from google |
image from google |