Friday, 13 July 2012

Kerana manusia @ Kerana??

Assalamualaikum

Di pagi Jumaat nan barakah dan indah ini. saya Najihah, pakar motivasi yang agak popular masa kini hendaklah berceramah sepatah dua..chewahh. sila baca perbualan di bawah sekian

A: Hai B lame x jumpe, sihat tak ?
B: Oh A..hai..sihat-sihat..awak sihat x?
A: Alhamdulilah sihat. Dari mana nie?
B: Baru balik dari kedai Ah Beng tu haa beli gula nie..dah abis pulak gula kat rumah tu, nak buat air teh O' nak cicah dengan biskut cap ping pong nie.
A: Sekilo jer, nape tak beli banyak sket baru dapat kencing manis (just joking..XD). Kerja macam mane keje sekarang, ok?
B: Emmm.biasa-biasa je la A, saya masih keje kat tempat lama tu, dah boring lahh kerja kat situ, hari-hari buat keje yang sama jer, pastu asyik kene marah dan ada jer jer yang tak kene. Bosan betul. Awak macam mane pulak. Keje kat tempat yang sama lagi?OK ke?
A: A'aa, saya masih keje kat tempat tu. Alhamdulilah keje ok setakat nie. Kene marah tu biasa lah, adat bekerja, saya pun dah naik pangkat sket, keje-keje yang lama dah tak buat dah, dah masuk skop keja yang baru dah.Alhamdulilah semua ok.
B: Bagusnya awak A. Dulu kan awak tak tahan keje kat situ, amboi sekarang siap dah naik pangkat lagi
A: Rezeki B. Belajar sikit-sikit, yela saya pun tak la ada kelulusan tinggi mana pun, cari rezeki, kene la bersabar sikit kan. Eh ok la B, saya dah kene gerak nie. Lain kali kita borak-borak lagi. Assalamualaikum.
B: oh..ok-ok, nanti jumpe lagi. Waalaikumussalam

A pun berlalu ke keretanya, Proton Persona yang masih lagi berkilat dan bersinar di bawah sinaran mentari, manakala no plat kereta si A menunjukkan itu adalah kereta baru. Wah dah pakai kereta baru si A nie, untung dia, dulu tak sangat suke kerja kat situ, tup- tup dah dapat pakai kereta besar dia sekarang. Kalau lah aku tahan waktu keje sama dengan A dulu, mesti aku pun dah dapat pakai kereta sekarang nie, luah si B dalam hati kecilnya.

Situasi di atas macam biasa kan kita dengar atau alami sendiri. Begitu sifat manusia yang dapat aku simpulkan termasuklah sifat dalam diri aku sendiri gak. Selalu merasakan apa yang dimiliki oleh orang lain itu jauh lebih baik, indah dan juga menggembirakan berbanding dengan apa yang kita ada. Dalam hati kecil kita mesti berkata-kata, " Kan best kalau aku kaya macam si dia dan juga dia, dapat pakai kereta besar, pakai baju mahal-mahal" @ "Kalau aku jadi macam dia best, kerja senang, ade kereta, cantik, handsome" @ " Oh bestnya kalau aku kat tempat dia, bahagia jer dia dengan family dia, husband plak sayang sangat-sangat kat dia, tak pernah aku tengok diorang gaduh". Selalu kan kita rasa macam nie, dan kita akan selalu membandingkan nya dengan diri kita pulak, dimana setiap apa yang kita miliki tidak pernah sebaik apa yang orang lain miliki.kan2?Senang citer, kita manusia tak kan pernah puas hati dengan apa yang kita ada atau dengan perkataan lebih senang tak reti BESYUKUR.


Jadi the point yang aku nak bagi tahu kat sini, kenapa kita selalu bersifat begini? termasuk la aku. Kenapa kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada? Aku dengan kita semua sepatutnya bersyukur dan menghargai setiap apa yang kita miliki dan juga berusaha untuk menjadi orang yang berjaya @  lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang (nie ayat motivasi), tapi kita lebih cenderung untuk mengdengki dengan orang lain dan berangan-angan utntuk jadi senang, kaya, bahagia., walhal kita x pernah pon usaha untuk itu..Cuba anda pergi tanya dengan orang yang kaya, hidup senang atau bahagia, apa yang diorang lakukan untuk sampai ke tahap macam tu..mereka semua semestinya sudah melalui jalan yang sukar. Jadi untuk menjadi kaya@bahagia korang mestilah sanggup untuk buat perkara yang sama. Kalau korang duk asyik duduk dan pandang pastu dalam hati kata oh bestnye kalau aku dapat kaya mcam tu..oh bahagianya kalau mcm tu..kan2..aku pon pernah macam fikir nie..tapi tu semua buang karan campur buang masa. Takkan ada hasil.

Jadi muhasabah diri, fikir-fikirkan, adakah cukup apa yang kita usahakan untuk dapat apa yang kita inginkan, dan juga telek balik sikap, perangai dan akhlak kita macam mana, cukup bagus, cukup baik atau tak untuk dapat kebahagiaan. The other one things are, jangan duk asyik pandang pada orang, pandang kesalahan ataupun pandang kelebihan dia.cuba pandang diri kita dan buatlah pertimbangan akal yang sewajarnya. Yang penting sekali adalah NIAT, kenapa kita buat semua-semua usaha kita, kenapa kita nak kaya, kenapa kita nak bahagia, kenapa kita nak hidup macam orang tu,dan semua lagi yang kenapa lah. Kalau NIAT tu KERANA MANUSIA, betulkan lah niat itu kembali, supaya semua yang kita buat adalah KERANA ALLAH S.W.T dan dapat berkat dan redha dari-NYA. dan BERSYUKUR lah dengan apa yang kita ada insyaALLAH. Ini adalah peringatan buat diri aku sendiri dan juga buat kita semua.Situasi di atas hanyalah contoh semata-mata dan juga rekaan semata-mata. Tak ade kene mengena sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada (dah macam ayat dalam cite telebisen).

Ok lah pakar motivasi pun dah penat menaip sambil bebel-bebel dalam hati. Ada lagi nie nak cite pasal kerana manusia atau kerana? tapi tunggu di rancangan yang seteusnyal lah ye..Hingga berjumpa lagi. Wassalam.

p/s: memang petah entry aku kali ni:)