Wednesday, 30 November 2011

Segulung Ijazah

Assalamualaikum

Baca tajuk jer dah poyo kan,tu pon nak citer ker..mcm la aku sorang yang dah graduate...hehe. Tapi tak pe, sebab aku confirm pemegang ijazah di luar sane akan suke bace tajuk entri sebab diorang tahu betapa susah nye nak dapat "segulung ijazah" tu..kn..kn, walau xnak bace pon entri nie...hihi

pada tarikh 23 Oktober 2011 yg lalu aku dengan rasminye telah bergelar seorang graduatan..hooray2 (happy nie, sampai lompat2). Setelah 3 tahun aku berhempas pulas dan bertungkus lumus belajar di UNIMAS, akhir nye dapat la gak aku sekeping ijazah tu. Macam2 dugaan aku harungi demi segulung ijazah tau. "Burn the midnight oil" tu tak payah kire la..memang sgt byk, sebab waktu kelas aku selalu main-main dengan kwn2 aku...hahaha..itula padahnya. Korang tahu tak UNIMAS tu kt mane?bukan, bukan kat sabah, tapi kat sarawak. Ramai orang buat simple mistake nie, diorang igt UNIMAS tu kat sabah. Kat Sabah tu UMS, yg tempat Heliza Helmi study tu..ok2

Hari konvokesyen aku telah diadakan kat Dewan Detar Putra UNIMAS atau name penuhnye Dewan Tunku Abdul Rahman Putra..name die best kn..and bende yang paling best adalah, kitorang yang first2 skali rasmi pakai dewan tu haha..best2..dewan tu baru siap, 3x ganda lagi besar dari dewan lame, ade aircond, ada tangga mcm citer hindustan. sangat gempak aku rase dpt grad dalam dewan nie, sbb dewan lame unimas, sangat kecik dan nmpk old skool. Before nak masuk dewan lame tu kene beratur kt luar, dengan cuaca panas terik and jubah yg besar gabak, so confirm2 la kan tak selesa. hihi..apa pun tahniah UNIMAS atas kejayaan menyiapkan dewan baru sempena hari aku grad...syg UNIMAS

Hari Konvokesyen tu berlansung selama 3 hari. Start 21hb-23hb. Fakulti aku dapat sidang sama dengan fkulti sains komputer dengan seni. Sepanjang aku kt Sarawak, aku telah menumpang rumah kawan baik aku iaitu, Mimi Nadhira Mustapha,hehe thnks mimi,bagi tumpang, jimat duit sewa hotel. Tapi parents aku tak datang pon, sebab tiket flight sangat la mahal, and one more thing sebab parents aku baru balik umrah time tu, aku kn anak yg baik, tak nak susahkan mak bapak. Tapi ade regret sket la dalam hati sebab xde gambar pakai jubah dengan parents...sob2..dh xde dh kenangan
Last but not least, congratulations najihah and all Resources Biotechnology 2008/2011 students. May ALLAH bless all of you always and gomawo for the memories. Enjoy the rest of pic..wassalam

Nie la dewan yg aku gembar gemburkan td...gempak kan? 


Ini adalah insan yg bertanggungjwab mnggntikan ma dan abah saya..hihi..&  juga juru amek gambar..


aku yg ujung skali..yg melebih tu..tp kalau xde gmbr lompat buang mortar mcm x grad..hahaha

kwn2 yg sama2 berjuang. TYVM u guys...miss u guys a lot

My gorgeous gelfrens..(^_^)

Ha..nie la gambar yg mahal nie..tp tutup mate la plak, penat prktis nk dpt gmbr terbaekkk...nie jer la ado

thats go was my memorable graduation day..im so happy but at the same time i felt sad too, because i will miss my study time, the time that so precious to me..:)

Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah @ Awal Muharam

Assalamualaikum
Selamat tahun baru.Sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru, 1 Muharram 1433 Hijrah. Well, sempena tahun baru nie, aku nak bermula balik…fresh start…tak kan nak tunggu tahun depan tanggal 1 Januari 2012 baru nak tanam azam baru, baru nak berubah, baru nak jadi orang yang lebih baik. Sekarang pon boleh kn..kn..??Lebih berkat lagi aku rasa kalau kita sama sama ambil iktibar dari peristiwa Hijrah rasul junjungan kita untuk diserap dalam diri, dalam hati nie perkara-perkara yang baik-baik jer..insyaallah.Aku yakin semua orang islam tahu sejarah Hijrah Nabi Muhammad S.A.W kita ke Madinah untuk sebarkan agama ISLAM yang suci dengan perintah dari ALLAH S.W.T. Banyak pedoman dan iktibar yang boleh kita ambil, letak dalam hati, jadikan panduan untuk kita sama-sama jadi orang islam yang lebih baik kn?? nak buat perkara baik jgn segan..jgn malu..kene berani!!

Let set  a new goals in my life, make dreams come true (dreams tu pon kene ubah la cik jiha, tak membina pon...erkk), lets be positive everyday,buang rasa marah jauh-jauh..p campak panas baran hang nun jauh dlm laut p..hehe..kene cari keje betul-betul plak..nak sara parents nih...asik diorang jer tanggung aku..byk lemak ko...mmg byk pon sejak duk rumah nie...nak jaga kesihatan..coz lately..flu makin menjadi-jadi..akibat pemakanan yg "sgt seimbang" dan juga senaman baring di depan telebisen jer hari-hari. And one more thing niat nak sambung belajar...hehe..doa-doa moga ada rezeki

So, take this great opportunity to change@Hijrah yourself and myself to be a better person..share more love with family and friends and always cherish the day...insyaallah

Friday, 25 November 2011

Bebelan Pagi

Its 6 am..seriously..i have nothing to do better than this...hehe. Kalau di hitung kira lagi tinggal tak sampai lagi 2 bulan umur aku nak masuk angka 23...ohoi..dh tua dh aku nie..tp ble la matang pemikiran ye dak. ape aku nak tulis pon aku xthu...dah la g tdo nun...td xboleh tdo sgt...(bebelan pada diri sendiri)

Saturday, 19 November 2011

bola sepak dan semangat kesukanan

entry nie bukan pasal aku adalah peminat fanatik bola sepak dalam dan luar negara..cuma nok kbo pendapat(loghat terengganu) tentang fenomena bola sepak kat negara kite malaysia nie. Semenjak dua menjak nie apa yang dalam permerhatian aku atau lebih aku simpulkan apa yang aku dapat tgk, sukan bola sepak negara kita makin mendapat tempat dalam masyarakat..senang cite..sukan bola sepak negara kita dah mula popular balik la. Ramai dh  yg mula tgk perlawanan-perlawanan yang menglibatkan kelab-kelab kat tanah air. Kalau dulu aku rasa aku hanya dengar nama-nama kelab gergasi Inggeris seperti Chealsea, MU, arsenal, barcelona dan byk lagi la.Ilmu bola sepak yang aku ada masih lagi di tahap darjah 3 la..so tak boleh nak komen dan bagi info yang mantap-mantap la..hehe

Tapi pada pendapat aku, ini adalah satu perkara yang positif untuk negara dan masyarakat, semangat kesukanan mula menapak dalam hati rakyat malaysia, semangat ini boleh menguatkan silaturrahim kita rakyat malaysia sumer, tapi cume satu saja, kadang-kadang peminat bola sepak negara kita nie terlalu fanatik sangat cnth nye kes2 baling mercun dalam padang. itu tidak menunjukkan moral yang baik. Sepatutnya kita lebih profesional. Satu lagi perkara positif aku dapat simpulkan, sebagai kaum hawa, dengan perkembangan bola sepak nie, kaum hawa tidak lagi malu nk sokong kelab2 yang diminati dan juga tgk bola dkt warung2..hehe...kalau dulu kaum hawa nie minat senyap2 jer, kalau minat pon mesti kene ejek minat yg hensem bukan yg pandai main, tp sekarang akau rasa kaum hawa pon dah pandai nilai mutu permainan dan pemain2 yang terer main bola sepak. aku pon dh thu mcm mane main bola sepak nie, dh thu apa tu offside, apa tu corner kick, dan apa yg fault...hehe..sket2 la...terima kasih atas liga2 premier, liga super dan perlawanan piala FA...

dan pemain yg aku suka tgk main adalah hehe Ashaari Samsudin, pemain negeri terengganu darul iman


p/s: aku bukan terer sgt pasal bola sepak, cuma sekadar penonton setia sahaja. MALAYSIA BOLEH!!



 

Tuesday, 15 November 2011

Last Day in Penang Alone

         Hari ini hari terakhir aku kat Penang selepas aku hantar surat resign kt supervisor aku 3 minggu lepas...sejak tu aku tak ade dapat emel atau call drpd die,sms aku tak berbalas,so aku anggap die merajuk ngn aku, tak pon dia kecewa atas sikap tidak" bertanggungjawab" aku...malas aku nak pertahankan diri sendiri sbb korang kalau duk kat tempat aku pon aku confirm korang akan buat mende yang sama.

         Pagi - pagi lagi aku dh bangun sbb semalam tak boleh tido gara-gara secawan nescafe ais yang aku minum waktu dinner ngn roomate aku kat warung belakang. Niat dihati nak kemas barang aku yang seguni tu..tp atas dasar kesian dkt roomate aku yg tgh syok tido aku batalkan niat hati aku tu. Ok la aku citer sket mcm mana aku bleh smpai penang nie. Asal- asal cite die, aku nk smbung master dkt USM dibawah selian seorang lecturer daripada pusat pengajian teknologi industri, tp memandangkan registration utk sem satu dah tamat, aku decide nk mohon then register sem 2 jer...nk jimat kos, luckly(sebenarnye tak berapa lucky pon) penyelia aku mengoffer aku jadi RA a.k.a research assistant dengan gaji bulanan RM625. 

Aku dengan semangat yang jitu terima lah tawaran tu. Dalam hati aku berkata"xpela gaji murah sket, kurang- kurang ade experience nk buat lab work nanti, boleh jugak tgk-tgk environment dulu before jadi master student". Tapi anggapan aku sumer salah, sepanjang hampir 2 bulan aku kat sini...haram xde lab work pon yang aku buat...aku duk nganga jer tiap-tiap hari. Adela 1,2 keje yang die suruh aku buat. Aku pon dah naik fed up, berhenti terus. Niat aku nk sambung master, aku kuburkan dulu dalam.


So memandangkan malam nie aku dh nk balik rumah, bukak jer FB pg tadi, berduyun pop-chat aku masuk drpd kakak aku yg menyebabkan aku mandi pagi dan tunggu bas rapid penang nk pegi Sg.nibong. Tempat tujuan aku adalah:
Kedai Jeruk Madu Pak Ali




Aku dah biase dah kene beli-beli mende mcm nie kalau aku duk tempat org. Dulu mase duk Sarawak, asal nak balik jer, adelah yg mengorder kek lapis ngn ikan terubuk masin. Nak tercabut gak la urat-urat tangan aku bwk 'ole-ole' tu. Kali nie aku beli byk terus. Sapa tak makan sampai habis SIAPPP!! nah untuk org yg order tu

kalau ade yang kecur air liur tu, maaf la ye. Tapi, aku nak nasihatkan tak payah pegi la kedai nie sebab org die tak berapa nk peramah sangat. Senyum pon tak.Aku cadangkan pegi dekat Pasar Chowrasta, ha dekat situ lagi byk boleh pilih, aku nie sebab xde pilihan. Hehe, yang sebenarnye aku tak tahu jalan nak g Pasar Chowrasta tu, tp tempat tu memang terkenal dengan jeruk-jeruk nye yang best dengan harga yang murah-murah.

So, tu la last aku jalan-jalan kat penang nie sbb mlm nie aku nak balik Terengganu. Tp bukan aku tak nak dtg dh penang nie, cume lain kali aku akan datang dengan family @ kawan-kawan. Tak nak dah dtg sorang2.Serikkkk..barang tak pack lg...

 p/s: belajar lah hidup independent, jgn jadi cam aku. Xleh xde kwn2, trus give up..haishhh

Sunday, 13 November 2011

1,2 rindu


Semalam ada satu rindu, hari ini tambah satu rindu,jadi dua rindu
Dua rindu yang aku rasa akan mengambil masa yang lama untuk melampiaskan rasa rindu itu
Satu rindu ku pada satu tempat yang sangat damai dan tenang
Tempat yang di tuju untuk beribadah
Ya aku suka berada di sana
Aku dapat dekat dengan pencipta
Dapat dekat dengan yang di panggil Baitullah
Sungguh aku rindu akan itu, kerana kedamaian , ketenangan yang ditiup dalam ruang hati kalbu ku

Kaabah yang tersergam indah



Rindu yang kedua
Rindu pada insan
Insan yang rapat
Insan ini adalah harapan keluarga
Contoh teladan akhlak yang baik
Penasihat hal-hal duniawi dan akhirat
Peneman, kaunter aduan, guru dan juga merangkap kakak ku
Kini aku tinggal lima beradik kerana insan yang aku rindu ini telah pergi
Pergi yang tak akan kembali
Dan sekarang aku sungguh rindu akan dia kerana sudah lama aku tidak dengar suaranya menasihati, bercerita, gelak ketawa dengan kami sekeluarga.
Dan aku sudah kata yang rindu ini akan ambil masa yang lama untuk hilang
Kalau ada rindu yang ketiga....mungkin