Sunday, 13 November 2011

1,2 rindu


Semalam ada satu rindu, hari ini tambah satu rindu,jadi dua rindu
Dua rindu yang aku rasa akan mengambil masa yang lama untuk melampiaskan rasa rindu itu
Satu rindu ku pada satu tempat yang sangat damai dan tenang
Tempat yang di tuju untuk beribadah
Ya aku suka berada di sana
Aku dapat dekat dengan pencipta
Dapat dekat dengan yang di panggil Baitullah
Sungguh aku rindu akan itu, kerana kedamaian , ketenangan yang ditiup dalam ruang hati kalbu ku

Kaabah yang tersergam indah



Rindu yang kedua
Rindu pada insan
Insan yang rapat
Insan ini adalah harapan keluarga
Contoh teladan akhlak yang baik
Penasihat hal-hal duniawi dan akhirat
Peneman, kaunter aduan, guru dan juga merangkap kakak ku
Kini aku tinggal lima beradik kerana insan yang aku rindu ini telah pergi
Pergi yang tak akan kembali
Dan sekarang aku sungguh rindu akan dia kerana sudah lama aku tidak dengar suaranya menasihati, bercerita, gelak ketawa dengan kami sekeluarga.
Dan aku sudah kata yang rindu ini akan ambil masa yang lama untuk hilang
Kalau ada rindu yang ketiga....mungkin

No comments:

Post a Comment