Sunday, 17 June 2012

~Banyak Masa Aku~

hari ini aku banyak masa
aku duduk, aku baring aku tidur
aku malas untuk berfikir
aku main facebook,aku tweet, aku layan youtube
aku lambatkan solat kerana aku banyak masa
aku fikir begitu
masa aku pun habis begitu sahaja

hari ini aku tidak ada masa
aku banyak kerja
aku banyak fikir
aku penat
aku tidak duduk, tidak baring dan aku juga tidak tidur semestinya
masa aku sikit
solat aku entah kemana
alangkah ruginya aku

Tuesday, 5 June 2012

Biar Sedikit, Asal Menjadi



Waktu tengahari sudah setengah jam berlalu, aku masih berkira-kira mahu makan apa buat mengisi perut yang laparnya tidak menentu. Kunci kereta aku capai, lalu aku bangun dan menyorong kerusi yang sudah sedari pagi aku duduki ke kembali tempat asalnya. Di dalam kepala ku teringat ada sesuatu yang harus aku beli. Lalu aku terus memecut kereta ku ke Aeon Jusco Taman Universiti yang tak sampai 10 minit aku sudah dapat tempat untuk parkir keretaku.Dekat sungguh tempat kerjaku dengan jusco. Aku berjalan seolah-olah hari ini hari minggu, dan aku tidak ada kerja yang harus aku lakukan. Sesudah masuk ke dalam jusco, langkah kaki ku aku arahkan ke bahagian yang ingin aku tuju sejak tadi. Barang yang ingin ku beli sudah aku targetkan dalam minda, jadi aku tidak berpusing-pusing, melilau mencari barang tersebut. Terus aku capai barang mengikut kehendak hati dan membayar di kaunter yang agak panjang barisannya. Maklumlah waktu makan tengahari, hanya satu kaunter pembayaran yang dibuka. Kaunter lain semua diletak tanda "CLOSED, sila bayar di kaunter lain". Itulah penyebab kaunter yang dijaga kakak mengandung ini, panjang barisannya. Kesian aku dan kesian kakak mengandung jaga kaunter.


Image from google
Sesudah pembayaran dibuat, mata ku tertacap pada kedai buku MPH di sudut jusco. Sewaktu dalam perjalanan tidak aku berkira-kira untuk membeli buku, namun naluri wanita yang sentiasa ingin berbelanja tidak pernah surut dari dalam diri aku. Jadi aku terus ke kedai buku MPH dan mencari-cari apakah bahan bacaan yang boleh aku beli bagi mengisi masa lapang aku. Hobi aku yang suka membaca memang aku semai dari kecik lagi. Semestinya aku nampak seperti budak nerd yang ulat buku, jadi hobi suka membaca itu tidak pernah aku nyatakan secara terang-terangan dalam mana-mana profil atau biodata yang di dalamnya terisi ruang hobi. 


Image from Google


Pusing dan terus pusing kedai buku MPH yang tak sebesar mana itu, tiada bahan ilmiah yang menarik hati aku. Aku beralih ke ruang majalah yang lebih ceria dengan majalah hiburan yang berwarna-warni. Tiada juga yang berjaya menawan hati aku, walau secantik mana model menghiasi muka depan majalah-majalah tersebut. Aku sudah mahu angkat kaki keluar dari kedai tersebut sebelum aku tiba-tiba terpandang wajah cantik pada satu buku yang berjudul "SMILE". Wajah wanita ini memang aku kenali kerana wajahnya adalah wajah yang mewarnai dunia hiburan tanah air yang memang sinonim dengan aku. Tapi dia tidak lagi seperti yang aku lihat dulu. Dia sudah berubah. Lama sudah perubahan dalam dirinya berlaku dan sudah lama juga aku tahu akan perubahan itu. Tapi cuma aku tidak pernah ingin ambil tahu tentang perubahan itu. ayatku seolah-olah dia adalah teman akrabku. Walau pun sememangnya tidak, aku sungguh tertarik dengan buku itu, dan entah kenapa tiba-tiba rasa ingin tahu bagaimana dia melakukan perubahan itu meluap-luap. Melalui buku yang ditulis itu dia menerangkan tentang perubahannya. Jadi tanpa berfikir untuk kali ketiga, aku terus membayar harga buku terebut yang lansung tidak mahal harganya bagi sebuah buku motivasi.


Image from Google


Aku kembali ke perkerjaan ku yang aku tinggal untuk keluar makan tengahari tadi. Tapi oleh sebab rasa ingin tahu tadi masih berbaki, aku belek buku yang aku baru beli.Masih bau kedai. Muka surat pertama aku baca. Menarik. Aku selak muka surat kedua. Ada cerita pada muka surat itu. Aku baca. Akhirnya, menarik lagi. Aku mula suka. Aku belek ke muka surat seterusnya. Dan seterusnya. Hingga sampai ke muka surat terakhir. Menarik!!. Usai aku baca buku tersebut. Aku senyum. Seperti judul buku itu. SMILE. Bagus buku ini bisik hatiku. 
Aku ingin berubah mulai esok. Insyaallah. Biar sedikit asal menjadi.


Image from Google




Image from Facebook Irma Hasmie






P/S: SMILE by Irma Hasmie was a good book to be read. It is inspiring and teach a way for changes to happen. Because sometimes we always want to change but we dont know where to start. This book is the starter kit.:)