Waktu tengahari sudah setengah jam berlalu, aku masih berkira-kira mahu makan apa buat mengisi perut yang laparnya tidak menentu. Kunci kereta aku capai, lalu aku bangun dan menyorong kerusi yang sudah sedari pagi aku duduki ke kembali tempat asalnya. Di dalam kepala ku teringat ada sesuatu yang harus aku beli. Lalu aku terus memecut kereta ku ke Aeon Jusco Taman Universiti yang tak sampai 10 minit aku sudah dapat tempat untuk parkir keretaku.Dekat sungguh tempat kerjaku dengan jusco. Aku berjalan seolah-olah hari ini hari minggu, dan aku tidak ada kerja yang harus aku lakukan. Sesudah masuk ke dalam jusco, langkah kaki ku aku arahkan ke bahagian yang ingin aku tuju sejak tadi. Barang yang ingin ku beli sudah aku targetkan dalam minda, jadi aku tidak berpusing-pusing, melilau mencari barang tersebut. Terus aku capai barang mengikut kehendak hati dan membayar di kaunter yang agak panjang barisannya. Maklumlah waktu makan tengahari, hanya satu kaunter pembayaran yang dibuka. Kaunter lain semua diletak tanda "CLOSED, sila bayar di kaunter lain". Itulah penyebab kaunter yang dijaga kakak mengandung ini, panjang barisannya. Kesian aku dan kesian kakak mengandung jaga kaunter.
Image from google |
Image from Google |
Pusing dan terus pusing kedai buku MPH yang tak sebesar mana itu, tiada bahan ilmiah yang menarik hati aku. Aku beralih ke ruang majalah yang lebih ceria dengan majalah hiburan yang berwarna-warni. Tiada juga yang berjaya menawan hati aku, walau secantik mana model menghiasi muka depan majalah-majalah tersebut. Aku sudah mahu angkat kaki keluar dari kedai tersebut sebelum aku tiba-tiba terpandang wajah cantik pada satu buku yang berjudul "SMILE". Wajah wanita ini memang aku kenali kerana wajahnya adalah wajah yang mewarnai dunia hiburan tanah air yang memang sinonim dengan aku. Tapi dia tidak lagi seperti yang aku lihat dulu. Dia sudah berubah. Lama sudah perubahan dalam dirinya berlaku dan sudah lama juga aku tahu akan perubahan itu. Tapi cuma aku tidak pernah ingin ambil tahu tentang perubahan itu. ayatku seolah-olah dia adalah teman akrabku. Walau pun sememangnya tidak, aku sungguh tertarik dengan buku itu, dan entah kenapa tiba-tiba rasa ingin tahu bagaimana dia melakukan perubahan itu meluap-luap. Melalui buku yang ditulis itu dia menerangkan tentang perubahannya. Jadi tanpa berfikir untuk kali ketiga, aku terus membayar harga buku terebut yang lansung tidak mahal harganya bagi sebuah buku motivasi.
Image from Google |
Aku kembali ke perkerjaan ku yang aku tinggal untuk keluar makan tengahari tadi. Tapi oleh sebab rasa ingin tahu tadi masih berbaki, aku belek buku yang aku baru beli.Masih bau kedai. Muka surat pertama aku baca. Menarik. Aku selak muka surat kedua. Ada cerita pada muka surat itu. Aku baca. Akhirnya, menarik lagi. Aku mula suka. Aku belek ke muka surat seterusnya. Dan seterusnya. Hingga sampai ke muka surat terakhir. Menarik!!. Usai aku baca buku tersebut. Aku senyum. Seperti judul buku itu. SMILE. Bagus buku ini bisik hatiku.
Aku ingin berubah mulai esok. Insyaallah. Biar sedikit asal menjadi.
Image from Google |
Image from Facebook Irma Hasmie |
P/S: SMILE by Irma Hasmie was a good book to be read. It is inspiring and teach a way for changes to happen. Because sometimes we always want to change but we dont know where to start. This book is the starter kit.:)
bukan main puitis lg nok
ReplyDeleteNana, saje jer asah bakat, lepas bace buku tu..best na...
Delete