Assalamualaikum
Hari ini hari minggu, dan aku dengan sebegitu boringnye duduk terperuk kat rumah sambil tengok tv (cerita entah ape2 xthu) dan makan keropok keping. Boring kan aku. Aku sangat lah merasai aku adalah seorang yang amat lah boring. I have a dull life. No spark, no enthusiasm, no meaningful at all. Aku selalu rasa nak buat something dalam hidup, tapi tak nampak nak buat apa. Macam ni la, duduk umah pergi keje, pastu balik keje. Then ari minggu duk umh lg, menapak jer kat umah nie ha. Hahahaha seyes boring teramat.
Ha macam ari ini, housemate aku semua hilang dah bila aku bangun. Memasing dah pergi menghabis waktu ari minggu mereka aku rasa. Same ade berfaedah atau tidak, gembira atau tak tu bukan lah membawa sebarang masalah kepada aku pn kn, tp at least diorang mengisi masa lapang diorang, drp aku nie takde berbuat sebarang perkara yang berpekdah lansung, haish..apela.
Bila aku jengah-jengah ke blog atau pun berfacebook, kawan-kawan boleh dikatakan ade hobi mereka tersendiri dimana dengan sekaligus, masa mereka terisi. Ada orang hobi berblog dan berfacebook la, tp jenis aku nie kurang la gemor mane nk berfacebook atau bersosial di alam maya nie sehari suntuk, malah jauh skali untuk menjadikan aktiviti ini satu hobi tetap. Lebih menarik ade hobi seperti photography, buat clay ape entah, menjahit, memasak dan sebagainya. Baguskan.Aku nak buat hobi memasak, aku nk masak ape? masak air dengan megi kari telo aku reti la. Makan lagi lah aku reti hehe. Nk menjahit? emmm...let me recall how many times butang tercabut aku jahit sendiri..agagaga :)
Image from google |
No comments:
Post a Comment