Wednesday, 23 May 2012

Cerpen Dewasa ini

Bebanan ini sudah mula ku pikul sejak diri ini mengenggam segulung ijazah. Ia bukanlah satu bebanan yang berat untuk dipikul cuma diri kecil aku merasakan ketidakmampuan untuk bebanan itu.

Ingin saja aku ajukan soalan kepada ayah yang sedari tadi ralit menonton perlawanan bola sepak."kenapa aku yang terpaksa berkorban?" kenapa aku yang harus lupakan cita-cita aku yang sudah sekian lama?". Tapi persoalan itu aku kemam-kemam dalam mulut ku sendiri, lalu ku telan.Pahitnya sungguh kuat terasa. Wajah ibu ku tenung sebentar, mencari satu jalan atau kekuatan atau sebenarnya berharap ibu akan menolong lagi kali ini.Tapi ibu juga diam, barangkali setuju dengan ayah kali ini. Aku  berlalu ke kamar. Malas merasuk fikiran aku untuk berfikir tentang semuanya.

Jam di tangan aku renung. Sedalam mana renungan aku, aku juga kurang pasti. Saat melangkah ke minit juga aku tak pasti sudah berapa kali. Fikiran ku ralit lagi. Dewasa ini, otak ku kian ligat menelusuri jalan yang dulu belum pernah diteroka oleh minda dan jiwa. Namun, makin aku lalui jalan-jalan itu, makin aku setuju dengan ayah. Ayah ku sudah tua.Kalau ke tempat-tempat pelancongan yang bertiket, ayah sudah layak ku belikan tiket warga emas. Ya benar, ayah sudah lanjut usia, walaupun masih gagah uruskan ladang kelapa sawitnya. Kata ayah, untuk anak- anak kelak, supaya senang. Sejauh itu pengorbanan ayah untuk anak-anak tercinta, walau jarang sekali sayang itu terpamer. Mungkin itu caranya ayah tunjukkan kasih sayangnya pada anak-anak. Melihat itu, aku tertanya sendiri, masih lagi kau mahu pentingkan diri kamu sendiri, mengejar cita-cita yang hanya puaskan hati mu sendiri, tapi tidak mampu menggembirakan orang lain disekeliling mu. Dalam kamu kejar cita-cita kamu, sempat atau tidak kamu mahu berbakti untuk orang tuamu? Sungguh, aku belum pernah menanyakan soalan itu pada diriku sampai lah waktu ini.

Beban yang kurasakan tadi, mula berubah rasa. Berubah menjadi rasa bertanggungjawab untuk membalas kembali segala susah payah ibu dan ayah menjaga, mendidik, menyekolahkan aku sehingga aku berada dimana aku kini. Selagi hayat mereka masih ada, tak salah andainya aku lupakan seketika cita-cita ku untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minati. Mungkin kalau aku berbuat sedemikian, bahagia pun takkan aku kecapi. Ya tak salah. Ibu Ayah, akan aku buat kamu bangga punyai anak seperti aku. Insyaallah.



Thursday, 10 May 2012

tiada


Makin lama aku makin kurang suka pergi ke tempat yang ramai orangnya. Ke pesta-pesta, pasar malam, konsert. Sesak keadaan, menambah sesak ke kepala aku. Mungkin aku sudah menjadi orang tua. Ya kan, orang tua tidak suka ke tempat orang ramai, membuang masa entah apa-apa, mendengar konsert daripada entah siapa-siapa. Ya semuanya dunia. Ya mungkin aku sudah tua, sudah mahu tiada.

Tiada
Tiada lagi di dunia. Bila mati maka yang ada jadi tiada . Selalu juga perkataan mati datang dalam benak fikiran aku dan setiap kali datang mesti rasa ngeri juga turut datang sekali, bersama-sama, seiring. Takut juga diri aku dengan mati. Siapa tidak takut mati, semua takut, semua tidak mahu tinggalkan dunia. Semua saying akan dunia dan isinya. Walhal penegetahuan tentang dunia itu hanya sementara, pinjaman, sia-sia, dan dunia satu hentian sebelum ke alam yang satu dan kekal..

Hentian
Dunia satu hentian, bermakna, aku patut berhenti dan mula tanya pada diri aku. Sediakah aku untuk mati? cukupkah amal aku? syurga@neraka yang aku mahu@tetap dunia pilihanku?Isi dunia bolehkan menolongku kelak?Ya, aku patut berhenti dari semua isi dunia yang aku kejar dan berhenti  dari jadi orang yang tak berhenti untuk fikir pasal mati.

Monday, 7 May 2012

almost getting involved in car accident

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH, thats all the only word I can said. Early this morning, I almost involved in car accident, and ALLAH still love me that I am safe and I can still write up this entry. I was on the way to work this morning, from Pasir Gudang to UTM and it was raining this morning. I was using highway Pasir gudang, the road was all wet and there are large and small puddles everywhere.  Aku tahu yang tayar kereta aku tak berapa nk elok dan dah tak ade bunga, so aku bawak la dalam kelajuan cuma 60km/jam. Mase tu aku berada di lane laju belah kanan, tiba-tiba proton Waja kat depan aku break dengan mengejut, menyebabkan aku pon terus tekan break dgn segeranya. Tetiba, aku rase kereta aku berpusing, stereng kerata lari ke sebelah kanan jalan dan aku ak boleh nak kawal pergerakkan stereng tu. Ya ALLAH apa yang jadi dengan kereta aku, kereta aku berpusing sampai menghadap kereta yang datang dari arah belakang. Aku memang bernasib baik sebab kereta Myvi kat belakang aku memang slow dan dia sempat break. Aku memang tak sempat nak berfikir apa2 pon mase kereta berpusing, dia berpusing dengan sendiri dan tak boleh nak control stering lansung. ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi aku tak gabra, tak nangis, tak ketar lutut, tak nervous and ALLAH bg aku berfikir apa aku nak buat masa tu. Aku terus pasang emergency light, pusing balik menghadap arah laluan yang betul, dan terus ambek lane kiri skali. Aku istighfar banyak kali , nasib baik kat depan ade SHELL, trus aku masuk SHELL. ALHAMDULILLAH. Kereta kat atas jalan waktu kereta aku berpusing tak banyak. Lepas aku masuk SHELL, aku isi minyak kereta, dan aku teruskn perjalanan aku ke UTM dengan kelajuan 40km/jam sahaja. Takut tak payah cerita. Masa masuk highway aku bimbang gak kalau-kalau jadi lagi, so aku berhati-hati gilerr, jarak aku dengan kereta depan memang jauh, takut kalau jadi tak sempat nak break ke apa ke. Nie memang pengajaran bagi aku, supaya lain kali waktu hujan tak bawak laju2 dan lain kali condition kereta amat perlu dititik beratkan. ALHAMDULILLAH everything safe.

Wassalam

Thursday, 3 May 2012

The light

Looking to the other side
I saw a light
That warm up my heart
The light that always be there for me
Anytime and anywhere
I've tried a few times to stay away from the light
The far I go, there more I realize how important the light to me
To light up my world
lead to the right direction
to have a better life
The light make felt safer, make me felt belonging,
The relationship between me and the light keep getting stronger as I grow up
As we understand each other more
The rough path we have been through in life
The reason for the light to keep staying with me every time
Thats why we have each other and we need each other
I've never told this before, but I am really grateful to have the light till now, till I become an adult, till I know how to handle this harsh world and making my decision with my own life
Thank you light for always and always be there for me in no matter what
Thank you for helping me with my life till now and forever
and I really do Love u light and light will always be the first in my heart
The light is my Family