Thursday, 10 May 2012

tiada


Makin lama aku makin kurang suka pergi ke tempat yang ramai orangnya. Ke pesta-pesta, pasar malam, konsert. Sesak keadaan, menambah sesak ke kepala aku. Mungkin aku sudah menjadi orang tua. Ya kan, orang tua tidak suka ke tempat orang ramai, membuang masa entah apa-apa, mendengar konsert daripada entah siapa-siapa. Ya semuanya dunia. Ya mungkin aku sudah tua, sudah mahu tiada.

Tiada
Tiada lagi di dunia. Bila mati maka yang ada jadi tiada . Selalu juga perkataan mati datang dalam benak fikiran aku dan setiap kali datang mesti rasa ngeri juga turut datang sekali, bersama-sama, seiring. Takut juga diri aku dengan mati. Siapa tidak takut mati, semua takut, semua tidak mahu tinggalkan dunia. Semua saying akan dunia dan isinya. Walhal penegetahuan tentang dunia itu hanya sementara, pinjaman, sia-sia, dan dunia satu hentian sebelum ke alam yang satu dan kekal..

Hentian
Dunia satu hentian, bermakna, aku patut berhenti dan mula tanya pada diri aku. Sediakah aku untuk mati? cukupkah amal aku? syurga@neraka yang aku mahu@tetap dunia pilihanku?Isi dunia bolehkan menolongku kelak?Ya, aku patut berhenti dari semua isi dunia yang aku kejar dan berhenti  dari jadi orang yang tak berhenti untuk fikir pasal mati.

No comments:

Post a Comment