Tuesday, 11 December 2012

Assalamualaikum

Well today I've went to HUKM or more specifically to UMBI  stand for UKM Medical Molecular Biology Institute where it is located at HUKM la..opkos kn,  for an interview session. The interview was all about research assistant position for a postgraduates purposes. After all of this while, it is always being my dream to further my study. I always LOVE how the environment of  knowledge being sharing , senang cite, aku suka suasana pembelajaran bila buat research dan bagaimana setiap ilmu dicari, dikongsi dikalangan students2, researcher2, dan semua yg terlibat la dlm menyiapkan satu2 projek tu. Yela setiap orang mesti buat projek yang berbeza2 kan, so kite bukan jer belajar dari projek kita tapi projek students laen gak. Ha itu yang aku suka sangat dan aku rasa satu lagi perkara yg aku suka pasal buat research ni adalah kerja-kerja laboratory tu sendiri. Bunyi macam skema kan, xpela, dah aku suka..hehe..kan2

Sebelum nie pun aku dah pernah jadi research assistant dekat UTM, dekat ngn 7 bulan gak la, tp xdapat nak further study, takde rezeki la katakan,  so for this sesi intebiu, aku tak la prepare beria bebenor, study stado ke,  sbb aku igt it will be not so tough mcm intebiu keje kilang ke, keje microbiologist  mcm  sekarang nie ke..sbb aku fikir ianya hanyalah research assistant dan dengan tujuan untuk sambung belajar kan, jadi kalau kita berminat, sanggup dan kelayakan akademik kita ok, so it will be OK la kan.

Tapi jangkaan aku meleset jauh sama skali..hahaha.aku sampai dah agak lambat td, tp nasib baik belum mula pn lg. 5 minit  b4 kul 9 kot aku sampai td, sesi tu kul 9...huhu, gelabah-gelabah .Dah la sampai lambat, then bertambah lg nebes aku  bila tgk ramai plak yg terpilih tuk intebiu tu...mak doyai..aku igt dua ke tiga orang mcm tu jer, skali adela dalam 10-12 orang yang datang tuk diintebiukan . Semua org duduk ngn tenang,  muka kental2,muka  kompiden jer, aku buat xthu jer, plus cover nebes supaya tak ketara dan cari la tempat tuk duduk sket. Then, after tunggu sekejap, diorang kat UMBI panggil nama aku dan dua orang lagi hamba ALLAH masuk , so sesi intebiu tu masuk 3 orang, 3 orang. Masuk la aku tiga org yg pertama dalam bilik sbb nama aku duk di no 2 dlm list. Masuk2jer dlm bilik tu, jeng2..suprise (ala eric leong ) ade 4 orangdalam bilik tu, 3 wanita dan sorang lelaki, dan dihadapan mereka ade kad nama yng tertera la nama masing2 kn. Aku pandang la dekat kad tu dan telan air liur dalam2 sbb 3 orang dri mereka semua prof la wey..yg sorang tu jer puan yg bertanggungjwb call utk sesi tu..YA ALLAH, aku dh tak senang duduk dh pikir diorang nie semua mmg stock2 cerdik pndai semua ne..geng2 ilmu penuh didada nie nk intebiu aku. After diorang kenalkan diri dan brief sikit, sesi intebiu pn bermula la dengan tak formalnye, just sembang2 pasal interets, kenapa nak sambung belajar, minat buat pasal apa dan background, tp mungkin aku sedikit unlucky sbb name pn UMBI kn , so sudah la tentunya candidates yg diorang cari ade pengalaman dlm molecular work, too bad for me sbb aku hanyalah pernah diexposed buat enyzme dan  microb, so aku kurang pengalaman dlm bidang molecular work, but the most important thing aku dh buat yg terbaik, aku tak selfdown, aku yakin dengan ALLAH, aku niat aku pergi utk buat masters supaya nnt aku akn dapat beri manfaat dan buat something meaningful dlm hidup aku. Alhamdulilah, aku puas hati, ade rezeki, ade, kalau tak de pn aku akan cari dan usaha yang lain. INSHA ALLAH. so basically, dapat la pengalaman arini, kene intebiu ngn prof-prof yang super pandai.:)

Saturday, 8 December 2012

me a boring person

Assalamualaikum

Hari ini hari minggu, dan aku dengan sebegitu boringnye duduk terperuk kat rumah sambil tengok tv (cerita entah ape2 xthu) dan makan keropok keping. Boring kan aku. Aku sangat lah merasai aku adalah seorang yang amat lah boring. I have a dull life. No spark, no enthusiasm, no meaningful at all. Aku selalu rasa nak buat something dalam hidup, tapi tak nampak nak buat apa. Macam ni la, duduk umah pergi keje, pastu balik keje. Then ari minggu duk umh lg, menapak jer kat umah nie ha. Hahahaha seyes boring teramat. 

Ha macam ari ini, housemate aku semua hilang dah bila aku bangun. Memasing dah pergi menghabis waktu ari minggu mereka aku rasa. Same ade berfaedah atau tidak, gembira atau tak tu bukan lah membawa sebarang masalah kepada aku pn kn, tp at least diorang mengisi masa lapang diorang, drp aku nie takde berbuat sebarang perkara yang berpekdah lansung, haish..apela.

Bila aku jengah-jengah ke blog atau pun berfacebook, kawan-kawan boleh dikatakan ade hobi mereka tersendiri dimana dengan sekaligus, masa mereka terisi. Ada orang hobi berblog dan berfacebook la, tp jenis aku nie kurang la gemor mane nk berfacebook atau bersosial di alam maya nie sehari suntuk, malah jauh skali untuk menjadikan aktiviti ini satu hobi tetap. Lebih menarik ade hobi seperti photography, buat clay ape entah, menjahit, memasak dan sebagainya. Baguskan.Aku nak buat hobi memasak, aku nk masak ape? masak air dengan megi kari telo aku reti la. Makan lagi lah aku reti hehe. Nk menjahit? emmm...let me recall how many times butang tercabut aku jahit sendiri..agagaga :) 
Ha nampak x, nampak x?Aku takde hobi best, sebab tu aku boring. Hobi aku yang satu hanya lah membaca, tu jer, tp kekadang dah naik jemu membaca jer. LONG LIVE DULL LIFE..hahahaha...parah


Image from google

Wednesday, 1 August 2012

Salam Ramadhan dan Fadilat Solat Terawih

Assalamualaikum


Salam Ramadhan buat semua, rasanya masih belum lambat kot untuk aku ucap Selamat Berpuasa kan..aku doakan buat sekalian umat Islam di dunia nie semoga Ramadhan kali nie jadi yang terbaik sepanjang hidup kita yang telah banyak tahun menempuhnya. Semoga di ramadhan kali ni jugak, amal ibadah dapat kita dipertingkatkan, akhlak dibaiki kepada yang lebih elok dan mulia dan semoga kita semua mendapat rahmat dan redha dari yang ALLAH S.W.T, kerana sesungguhnya kita semua mengetahui kebesaran rahmat ALLAH di bulan yang mulia ini. Dan semestinya apabila tiba bulan Ramadhan, satu solat sunat iaitu solat Terawih pun aku muncul jua. Jarang kita jumpa solat sunat yang satu nie, sebab solat sunat Terawih hanya dikerjakan pada bulan Ramadhan. Oleh sebab setahun sekali jer kita dapat jumpa solat Terawih, mesti solat Terawih nie spesel kan, sebab tu dia muncul sekali jer dalam setahun. Mesti besar fadilat solat Terawih nie ALLAH nak bagi, sebab tu ALLAH jadikan solat sunat Terawih pada bulan Ramadhan yang mulia. Jadi hari ini aku nak kongsi dengan mukmim-mukmim sejati semua fadilat-fadilat solat sunat Terawih




Hadits diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib R.A, suatu hari Rasullullah SAW ditanya oleh sahabatnya, tentang keistimewaan shalat tarawih pada bulan Ramadan. Maka Rasullullah SAW bersabda; Siapa yang melaksanakan shalat tarawih pada :

Malam ke 1 ~  Terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya.


Malam ke 2~ Allah swt memberi pengampunan kepadanya dan kepada kedua orang tuanya jika keduanya mukmin (orang yang beriman)



Malam ke-3~ Malaikat berseru dari bawah Arsy ; mulailah beramal semoga allah swt mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.


Malam ke-4~ Mendapatkan pahala sama dengan pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqon (al Quran)


Malam ke-5~ Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang shalat di Masjid Alharam (masjidil haram) di Makkah,masjid Nabawi di Madinah dan masjid Al Aqsha di Palestina. 


Malam ke-6~ Allah akan memberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di-baitul mamur, dan batu-batu serta tanah liat memohonkan ampun untuknya. (subhanallah sungguh luar biasa, batu dan tanah yang kita injak selama ini,ternyata bisa memintakan ampunan kepada Allah untuk kita).


Malam ke-7~ Seakan-akan dia berjumpa nabi Musa a.s kemudian menolongnya dari Kerajaan Firaun dan Hamman.

Malam ke-8: Allah memberikan kepadanya, apa yang pernah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim a.s


Malam ke-9~Dia menjadi seperti seorang hamba Allah yang beribadah kepadanya seperti ibadahnya seorang nabi.


Malam ke-10~Allah memberikan anugerah kepadanya,berupa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.


Malam ke-11~Maka ia akan meninggal dunia dalam keadaan seperti bayi yang baru lahir (meninggal dengan tanpa membawa dosa /husnul khotimah)


Malam ke-12~ Pada Hari Kiamat, Anda akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan.


Malam ke-13~Pada Hari kiamat, Anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.


Malam ke-14~Para malaikat memberi kesaksian shalat tarawih anda, dan Allah tidak menghisab anda lagi.


Malam ke-15~Anda akan menerima shalawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.


Malam ke-16~Anda akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, anda bebas dari surga, dan lepas dari neraka.


Malam ke-17~Allah akan memberi pahala kepada anda sesuai pahala para nabi.


Malam ke-18~Malaikat akan memohon kepada Allah agar anda selalu mendapat restu.


Malam ke-19~Allah akan mengangkat derajat anda ke Firdaus (surga yang tinggi)


Malam ke-20~Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan shalihin.


Malam ke-21~Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk anda disurga.


Malam ke-22~Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, karena Anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.


Malam ke-23~ Allah akan membuat sebuah kota untuk Anda di dalam surga.


Malam ke-24~Allah akan mengabulkan 24 permohonan Anda selagi Anda masih hidup di dunia.


Malam ke-25~Anda akan bebas dari siksa kubur.


Malam ke-26~Allah akan derajat amal kebaikan Anda sebagaimana derajat amal kebaikan Anda selama 40 tahun.


Malam ke-27~Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustakim nanti.


Malam ke-28~Anda akan dinaikkan 1.000 kali oleh Allah di dalam surga kelak.


Malam ke-29~ Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah.


Malam ke-30~ Allah menyuruh kepada Anda untuk memakan semua buah di surga, minum air kausar, mandi air salsabila (air surga), karena Allah Tuhan Anda, dan Anda hamba Allah yang setia.


Alangkah ruginya kalau kita melepaskan peluang untuk beribadah dan merebut pahala yang dijanjikan ALLAH ini. Sesungguhnya janji ALLAH adalah benar. 

Friday, 13 July 2012

Kerana manusia @ Kerana??

Assalamualaikum

Di pagi Jumaat nan barakah dan indah ini. saya Najihah, pakar motivasi yang agak popular masa kini hendaklah berceramah sepatah dua..chewahh. sila baca perbualan di bawah sekian

A: Hai B lame x jumpe, sihat tak ?
B: Oh A..hai..sihat-sihat..awak sihat x?
A: Alhamdulilah sihat. Dari mana nie?
B: Baru balik dari kedai Ah Beng tu haa beli gula nie..dah abis pulak gula kat rumah tu, nak buat air teh O' nak cicah dengan biskut cap ping pong nie.
A: Sekilo jer, nape tak beli banyak sket baru dapat kencing manis (just joking..XD). Kerja macam mane keje sekarang, ok?
B: Emmm.biasa-biasa je la A, saya masih keje kat tempat lama tu, dah boring lahh kerja kat situ, hari-hari buat keje yang sama jer, pastu asyik kene marah dan ada jer jer yang tak kene. Bosan betul. Awak macam mane pulak. Keje kat tempat yang sama lagi?OK ke?
A: A'aa, saya masih keje kat tempat tu. Alhamdulilah keje ok setakat nie. Kene marah tu biasa lah, adat bekerja, saya pun dah naik pangkat sket, keje-keje yang lama dah tak buat dah, dah masuk skop keja yang baru dah.Alhamdulilah semua ok.
B: Bagusnya awak A. Dulu kan awak tak tahan keje kat situ, amboi sekarang siap dah naik pangkat lagi
A: Rezeki B. Belajar sikit-sikit, yela saya pun tak la ada kelulusan tinggi mana pun, cari rezeki, kene la bersabar sikit kan. Eh ok la B, saya dah kene gerak nie. Lain kali kita borak-borak lagi. Assalamualaikum.
B: oh..ok-ok, nanti jumpe lagi. Waalaikumussalam

A pun berlalu ke keretanya, Proton Persona yang masih lagi berkilat dan bersinar di bawah sinaran mentari, manakala no plat kereta si A menunjukkan itu adalah kereta baru. Wah dah pakai kereta baru si A nie, untung dia, dulu tak sangat suke kerja kat situ, tup- tup dah dapat pakai kereta besar dia sekarang. Kalau lah aku tahan waktu keje sama dengan A dulu, mesti aku pun dah dapat pakai kereta sekarang nie, luah si B dalam hati kecilnya.

Situasi di atas macam biasa kan kita dengar atau alami sendiri. Begitu sifat manusia yang dapat aku simpulkan termasuklah sifat dalam diri aku sendiri gak. Selalu merasakan apa yang dimiliki oleh orang lain itu jauh lebih baik, indah dan juga menggembirakan berbanding dengan apa yang kita ada. Dalam hati kecil kita mesti berkata-kata, " Kan best kalau aku kaya macam si dia dan juga dia, dapat pakai kereta besar, pakai baju mahal-mahal" @ "Kalau aku jadi macam dia best, kerja senang, ade kereta, cantik, handsome" @ " Oh bestnya kalau aku kat tempat dia, bahagia jer dia dengan family dia, husband plak sayang sangat-sangat kat dia, tak pernah aku tengok diorang gaduh". Selalu kan kita rasa macam nie, dan kita akan selalu membandingkan nya dengan diri kita pulak, dimana setiap apa yang kita miliki tidak pernah sebaik apa yang orang lain miliki.kan2?Senang citer, kita manusia tak kan pernah puas hati dengan apa yang kita ada atau dengan perkataan lebih senang tak reti BESYUKUR.


Jadi the point yang aku nak bagi tahu kat sini, kenapa kita selalu bersifat begini? termasuk la aku. Kenapa kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada? Aku dengan kita semua sepatutnya bersyukur dan menghargai setiap apa yang kita miliki dan juga berusaha untuk menjadi orang yang berjaya @  lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang (nie ayat motivasi), tapi kita lebih cenderung untuk mengdengki dengan orang lain dan berangan-angan utntuk jadi senang, kaya, bahagia., walhal kita x pernah pon usaha untuk itu..Cuba anda pergi tanya dengan orang yang kaya, hidup senang atau bahagia, apa yang diorang lakukan untuk sampai ke tahap macam tu..mereka semua semestinya sudah melalui jalan yang sukar. Jadi untuk menjadi kaya@bahagia korang mestilah sanggup untuk buat perkara yang sama. Kalau korang duk asyik duduk dan pandang pastu dalam hati kata oh bestnye kalau aku dapat kaya mcam tu..oh bahagianya kalau mcm tu..kan2..aku pon pernah macam fikir nie..tapi tu semua buang karan campur buang masa. Takkan ada hasil.

Jadi muhasabah diri, fikir-fikirkan, adakah cukup apa yang kita usahakan untuk dapat apa yang kita inginkan, dan juga telek balik sikap, perangai dan akhlak kita macam mana, cukup bagus, cukup baik atau tak untuk dapat kebahagiaan. The other one things are, jangan duk asyik pandang pada orang, pandang kesalahan ataupun pandang kelebihan dia.cuba pandang diri kita dan buatlah pertimbangan akal yang sewajarnya. Yang penting sekali adalah NIAT, kenapa kita buat semua-semua usaha kita, kenapa kita nak kaya, kenapa kita nak bahagia, kenapa kita nak hidup macam orang tu,dan semua lagi yang kenapa lah. Kalau NIAT tu KERANA MANUSIA, betulkan lah niat itu kembali, supaya semua yang kita buat adalah KERANA ALLAH S.W.T dan dapat berkat dan redha dari-NYA. dan BERSYUKUR lah dengan apa yang kita ada insyaALLAH. Ini adalah peringatan buat diri aku sendiri dan juga buat kita semua.Situasi di atas hanyalah contoh semata-mata dan juga rekaan semata-mata. Tak ade kene mengena sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada (dah macam ayat dalam cite telebisen).

Ok lah pakar motivasi pun dah penat menaip sambil bebel-bebel dalam hati. Ada lagi nie nak cite pasal kerana manusia atau kerana? tapi tunggu di rancangan yang seteusnyal lah ye..Hingga berjumpa lagi. Wassalam.

p/s: memang petah entry aku kali ni:)

Sunday, 17 June 2012

~Banyak Masa Aku~

hari ini aku banyak masa
aku duduk, aku baring aku tidur
aku malas untuk berfikir
aku main facebook,aku tweet, aku layan youtube
aku lambatkan solat kerana aku banyak masa
aku fikir begitu
masa aku pun habis begitu sahaja

hari ini aku tidak ada masa
aku banyak kerja
aku banyak fikir
aku penat
aku tidak duduk, tidak baring dan aku juga tidak tidur semestinya
masa aku sikit
solat aku entah kemana
alangkah ruginya aku

Tuesday, 5 June 2012

Biar Sedikit, Asal Menjadi



Waktu tengahari sudah setengah jam berlalu, aku masih berkira-kira mahu makan apa buat mengisi perut yang laparnya tidak menentu. Kunci kereta aku capai, lalu aku bangun dan menyorong kerusi yang sudah sedari pagi aku duduki ke kembali tempat asalnya. Di dalam kepala ku teringat ada sesuatu yang harus aku beli. Lalu aku terus memecut kereta ku ke Aeon Jusco Taman Universiti yang tak sampai 10 minit aku sudah dapat tempat untuk parkir keretaku.Dekat sungguh tempat kerjaku dengan jusco. Aku berjalan seolah-olah hari ini hari minggu, dan aku tidak ada kerja yang harus aku lakukan. Sesudah masuk ke dalam jusco, langkah kaki ku aku arahkan ke bahagian yang ingin aku tuju sejak tadi. Barang yang ingin ku beli sudah aku targetkan dalam minda, jadi aku tidak berpusing-pusing, melilau mencari barang tersebut. Terus aku capai barang mengikut kehendak hati dan membayar di kaunter yang agak panjang barisannya. Maklumlah waktu makan tengahari, hanya satu kaunter pembayaran yang dibuka. Kaunter lain semua diletak tanda "CLOSED, sila bayar di kaunter lain". Itulah penyebab kaunter yang dijaga kakak mengandung ini, panjang barisannya. Kesian aku dan kesian kakak mengandung jaga kaunter.


Image from google
Sesudah pembayaran dibuat, mata ku tertacap pada kedai buku MPH di sudut jusco. Sewaktu dalam perjalanan tidak aku berkira-kira untuk membeli buku, namun naluri wanita yang sentiasa ingin berbelanja tidak pernah surut dari dalam diri aku. Jadi aku terus ke kedai buku MPH dan mencari-cari apakah bahan bacaan yang boleh aku beli bagi mengisi masa lapang aku. Hobi aku yang suka membaca memang aku semai dari kecik lagi. Semestinya aku nampak seperti budak nerd yang ulat buku, jadi hobi suka membaca itu tidak pernah aku nyatakan secara terang-terangan dalam mana-mana profil atau biodata yang di dalamnya terisi ruang hobi. 


Image from Google


Pusing dan terus pusing kedai buku MPH yang tak sebesar mana itu, tiada bahan ilmiah yang menarik hati aku. Aku beralih ke ruang majalah yang lebih ceria dengan majalah hiburan yang berwarna-warni. Tiada juga yang berjaya menawan hati aku, walau secantik mana model menghiasi muka depan majalah-majalah tersebut. Aku sudah mahu angkat kaki keluar dari kedai tersebut sebelum aku tiba-tiba terpandang wajah cantik pada satu buku yang berjudul "SMILE". Wajah wanita ini memang aku kenali kerana wajahnya adalah wajah yang mewarnai dunia hiburan tanah air yang memang sinonim dengan aku. Tapi dia tidak lagi seperti yang aku lihat dulu. Dia sudah berubah. Lama sudah perubahan dalam dirinya berlaku dan sudah lama juga aku tahu akan perubahan itu. Tapi cuma aku tidak pernah ingin ambil tahu tentang perubahan itu. ayatku seolah-olah dia adalah teman akrabku. Walau pun sememangnya tidak, aku sungguh tertarik dengan buku itu, dan entah kenapa tiba-tiba rasa ingin tahu bagaimana dia melakukan perubahan itu meluap-luap. Melalui buku yang ditulis itu dia menerangkan tentang perubahannya. Jadi tanpa berfikir untuk kali ketiga, aku terus membayar harga buku terebut yang lansung tidak mahal harganya bagi sebuah buku motivasi.


Image from Google


Aku kembali ke perkerjaan ku yang aku tinggal untuk keluar makan tengahari tadi. Tapi oleh sebab rasa ingin tahu tadi masih berbaki, aku belek buku yang aku baru beli.Masih bau kedai. Muka surat pertama aku baca. Menarik. Aku selak muka surat kedua. Ada cerita pada muka surat itu. Aku baca. Akhirnya, menarik lagi. Aku mula suka. Aku belek ke muka surat seterusnya. Dan seterusnya. Hingga sampai ke muka surat terakhir. Menarik!!. Usai aku baca buku tersebut. Aku senyum. Seperti judul buku itu. SMILE. Bagus buku ini bisik hatiku. 
Aku ingin berubah mulai esok. Insyaallah. Biar sedikit asal menjadi.


Image from Google




Image from Facebook Irma Hasmie






P/S: SMILE by Irma Hasmie was a good book to be read. It is inspiring and teach a way for changes to happen. Because sometimes we always want to change but we dont know where to start. This book is the starter kit.:)

Wednesday, 23 May 2012

Cerpen Dewasa ini

Bebanan ini sudah mula ku pikul sejak diri ini mengenggam segulung ijazah. Ia bukanlah satu bebanan yang berat untuk dipikul cuma diri kecil aku merasakan ketidakmampuan untuk bebanan itu.

Ingin saja aku ajukan soalan kepada ayah yang sedari tadi ralit menonton perlawanan bola sepak."kenapa aku yang terpaksa berkorban?" kenapa aku yang harus lupakan cita-cita aku yang sudah sekian lama?". Tapi persoalan itu aku kemam-kemam dalam mulut ku sendiri, lalu ku telan.Pahitnya sungguh kuat terasa. Wajah ibu ku tenung sebentar, mencari satu jalan atau kekuatan atau sebenarnya berharap ibu akan menolong lagi kali ini.Tapi ibu juga diam, barangkali setuju dengan ayah kali ini. Aku  berlalu ke kamar. Malas merasuk fikiran aku untuk berfikir tentang semuanya.

Jam di tangan aku renung. Sedalam mana renungan aku, aku juga kurang pasti. Saat melangkah ke minit juga aku tak pasti sudah berapa kali. Fikiran ku ralit lagi. Dewasa ini, otak ku kian ligat menelusuri jalan yang dulu belum pernah diteroka oleh minda dan jiwa. Namun, makin aku lalui jalan-jalan itu, makin aku setuju dengan ayah. Ayah ku sudah tua.Kalau ke tempat-tempat pelancongan yang bertiket, ayah sudah layak ku belikan tiket warga emas. Ya benar, ayah sudah lanjut usia, walaupun masih gagah uruskan ladang kelapa sawitnya. Kata ayah, untuk anak- anak kelak, supaya senang. Sejauh itu pengorbanan ayah untuk anak-anak tercinta, walau jarang sekali sayang itu terpamer. Mungkin itu caranya ayah tunjukkan kasih sayangnya pada anak-anak. Melihat itu, aku tertanya sendiri, masih lagi kau mahu pentingkan diri kamu sendiri, mengejar cita-cita yang hanya puaskan hati mu sendiri, tapi tidak mampu menggembirakan orang lain disekeliling mu. Dalam kamu kejar cita-cita kamu, sempat atau tidak kamu mahu berbakti untuk orang tuamu? Sungguh, aku belum pernah menanyakan soalan itu pada diriku sampai lah waktu ini.

Beban yang kurasakan tadi, mula berubah rasa. Berubah menjadi rasa bertanggungjawab untuk membalas kembali segala susah payah ibu dan ayah menjaga, mendidik, menyekolahkan aku sehingga aku berada dimana aku kini. Selagi hayat mereka masih ada, tak salah andainya aku lupakan seketika cita-cita ku untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minati. Mungkin kalau aku berbuat sedemikian, bahagia pun takkan aku kecapi. Ya tak salah. Ibu Ayah, akan aku buat kamu bangga punyai anak seperti aku. Insyaallah.



Thursday, 10 May 2012

tiada


Makin lama aku makin kurang suka pergi ke tempat yang ramai orangnya. Ke pesta-pesta, pasar malam, konsert. Sesak keadaan, menambah sesak ke kepala aku. Mungkin aku sudah menjadi orang tua. Ya kan, orang tua tidak suka ke tempat orang ramai, membuang masa entah apa-apa, mendengar konsert daripada entah siapa-siapa. Ya semuanya dunia. Ya mungkin aku sudah tua, sudah mahu tiada.

Tiada
Tiada lagi di dunia. Bila mati maka yang ada jadi tiada . Selalu juga perkataan mati datang dalam benak fikiran aku dan setiap kali datang mesti rasa ngeri juga turut datang sekali, bersama-sama, seiring. Takut juga diri aku dengan mati. Siapa tidak takut mati, semua takut, semua tidak mahu tinggalkan dunia. Semua saying akan dunia dan isinya. Walhal penegetahuan tentang dunia itu hanya sementara, pinjaman, sia-sia, dan dunia satu hentian sebelum ke alam yang satu dan kekal..

Hentian
Dunia satu hentian, bermakna, aku patut berhenti dan mula tanya pada diri aku. Sediakah aku untuk mati? cukupkah amal aku? syurga@neraka yang aku mahu@tetap dunia pilihanku?Isi dunia bolehkan menolongku kelak?Ya, aku patut berhenti dari semua isi dunia yang aku kejar dan berhenti  dari jadi orang yang tak berhenti untuk fikir pasal mati.

Monday, 7 May 2012

almost getting involved in car accident

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH, thats all the only word I can said. Early this morning, I almost involved in car accident, and ALLAH still love me that I am safe and I can still write up this entry. I was on the way to work this morning, from Pasir Gudang to UTM and it was raining this morning. I was using highway Pasir gudang, the road was all wet and there are large and small puddles everywhere.  Aku tahu yang tayar kereta aku tak berapa nk elok dan dah tak ade bunga, so aku bawak la dalam kelajuan cuma 60km/jam. Mase tu aku berada di lane laju belah kanan, tiba-tiba proton Waja kat depan aku break dengan mengejut, menyebabkan aku pon terus tekan break dgn segeranya. Tetiba, aku rase kereta aku berpusing, stereng kerata lari ke sebelah kanan jalan dan aku ak boleh nak kawal pergerakkan stereng tu. Ya ALLAH apa yang jadi dengan kereta aku, kereta aku berpusing sampai menghadap kereta yang datang dari arah belakang. Aku memang bernasib baik sebab kereta Myvi kat belakang aku memang slow dan dia sempat break. Aku memang tak sempat nak berfikir apa2 pon mase kereta berpusing, dia berpusing dengan sendiri dan tak boleh nak control stering lansung. ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi aku tak gabra, tak nangis, tak ketar lutut, tak nervous and ALLAH bg aku berfikir apa aku nak buat masa tu. Aku terus pasang emergency light, pusing balik menghadap arah laluan yang betul, dan terus ambek lane kiri skali. Aku istighfar banyak kali , nasib baik kat depan ade SHELL, trus aku masuk SHELL. ALHAMDULILLAH. Kereta kat atas jalan waktu kereta aku berpusing tak banyak. Lepas aku masuk SHELL, aku isi minyak kereta, dan aku teruskn perjalanan aku ke UTM dengan kelajuan 40km/jam sahaja. Takut tak payah cerita. Masa masuk highway aku bimbang gak kalau-kalau jadi lagi, so aku berhati-hati gilerr, jarak aku dengan kereta depan memang jauh, takut kalau jadi tak sempat nak break ke apa ke. Nie memang pengajaran bagi aku, supaya lain kali waktu hujan tak bawak laju2 dan lain kali condition kereta amat perlu dititik beratkan. ALHAMDULILLAH everything safe.

Wassalam

Thursday, 3 May 2012

The light

Looking to the other side
I saw a light
That warm up my heart
The light that always be there for me
Anytime and anywhere
I've tried a few times to stay away from the light
The far I go, there more I realize how important the light to me
To light up my world
lead to the right direction
to have a better life
The light make felt safer, make me felt belonging,
The relationship between me and the light keep getting stronger as I grow up
As we understand each other more
The rough path we have been through in life
The reason for the light to keep staying with me every time
Thats why we have each other and we need each other
I've never told this before, but I am really grateful to have the light till now, till I become an adult, till I know how to handle this harsh world and making my decision with my own life
Thank you light for always and always be there for me in no matter what
Thank you for helping me with my life till now and forever
and I really do Love u light and light will always be the first in my heart
The light is my Family

Thursday, 26 April 2012

~The Fantastic 4~


 Assalamualaikum


Firstly, this is not an entry about either fantastic four movies or cartoon, what so ever and not even about JESSICA ALBA OKAY...On weekend a few weeks ago, aku telah pergi ke Soromban, Nogori Sombilan
( bukan main nogori laie den..hehe) iaitu ke rumah Nadhirah Aminah, kat bukit Chedang (FYI, Nad is one of the fantastic four) for the reason to meet the other two members of fantastic four, Nana and Mimi and complete the square four. Actually, Nana, Mimi, and Nad, are my bestie, since my study year in UNIMAS. Kitorang start kenal dari first year lagi. Kisah perkenalan kami samar-samar sikit dalam ingatan aku, tapi yang aku memang ingat, waktu 1st year, time mula-mula kenal, kitorang keluar sekali macam tu pergi one of the shopping kompleks dekat Kuching. Masa tu dah rase best kawan diorang nie, macam sekepala, then kitorang kawan la sampai la sekarang. :) sweet kan cite aku..ahakzz..These girls are so cool and so so fun and pasai tu  la cek letak nama fantastic 4 sebab hangpa sumer memang superb fantastic. After graduation
on October last year, we finally meet again. Finally setelah plan A, B, C sumer sampai Z tak jadi-jadi.

Ok, kitaorang telah mengadakan perjumpaan kat rumah Nad, atas sebab utama adalah mak Nad pandai masak hahaha. Masak lomak cili api mak Nad is the BEST la!!and on that day, mak Nad telah masak kerabu ayam sekali, which is super delicious uollss ..ha gitu.hahaha..aritu, Nana ngan Mimi suppose datang pagi, so dapat la tolong masak sekali, sebab dalam kitorang berempat, Nana jer yg reti masak hikhik...aku, Nad ngn Mimi nie sekadar di pinggiran jer, mak Nad siap puji lagi Nana, pandai buat keje dapur, tak kekok la, mase kitorang first time jumpe parents Nad kar Sarawak waktu convo dulu..Tapi diorang datang lambat, dh tghhari, time sumer dah siap, aku ngn Nad jer la yg terkontang kanting kat dapur tolong Puan Rohona. Nad tak pe la mak dia, aku nie dah gelabah tahap cipan, takut jap lagi salah buat, malu oooo..ko perempuan tak reti masak...abis la saham ko..hahaha..but everything going on smoothly even not really well. Kitorang makan macam kebuluq seminggu tak makan. Sebab terlampau sedap..Ya ALLAH kerabu ayam tu mmg TERBAEKKKK.

Tudung Oren namanya MIMI, Tudung Hijau merah namanya NANA
Pinggan sebelah kiri tu kerabu ayam TERBAEKKK!!


Cermin rumah NAD pun jadi...XD~


After lunch, kitorang beralih ke segmen KARAOKE. Lame gile tak karok ngn diorang. Nad telah bwk kitorang pergi karok dekat Senawang, tp aku lupe lak ape entah name pusat karok tu. Dekat dua jam kitorang karok. Lagu2 yg dipilih oleh masing2 tak boleh plak nak note rendah2 kn..semua note tinggi bajet suara semua sampai la. Lagu madah berhelah, kekal, dendam dalam diam, set fire to the rain, janji manis mu and banyak lg la. kn korang tgk lagu semua lagu pecah suara semua..hahaha...Nana ngn Nad duet lagu I turn to U dari Christina aguilera tu mmg best gile..Tp lagu of the day pada hari tu adalah lagu hey shava shava kn korang? lagu hindustan dalam filem kabhi kushi kabhi gam..hahaha..gegak gepita bilik karok tu dengan suara budak2 nie melalak...siap menari plak tu..tak boleh blah lansung. Happening habis..mmg lame tak menggila ngan diorang

Pic waktu on the way pergi senawang. Hamboii ceria semua  muka nak pergi karaoke ye awok :P
Sorang putih melepak, sorang lg pipi nak blushing..XD~

Trying to take picture with 4 of us, not really menjadi :P
Dua budak datang lambat nie la haa
Muka puas hati dapat karaoke :)
Dah puas mengeluarkan anak tekak, kitorang pegi basahkan tekak plak dekat R&K sate, dekat jer ngn rumah nad, kalau tak salah aku la, area Seremban gak. Sate kt kedai nie sedap gile woooo wa cakap sama lu. Waktu makan tu aku rase macam tak cukup jer, tp masing2 macam mengalah jer tak nak makan byk2 kn2?? kitorang makan2, sambil cite2 la pasal hal diri masing2.maklum lerrr lame tak jumpe mmg byk la cite yg nk kene share ye dak..hehe...well along the conversation and chit chatting, I realize, my girlfriends were all grown up, we are no more the childish like we used to be during our first year and second year. remembering all those memories, how we all  be together through hard and easy time, make me really appreciate to have them as my friend who truly know and understand me, helpful at the same time and not to forget..mereka semua gilee!!..haha...sorry girls..but I do really thanks for everything. YOY GIRLS ARE BEST!!


Nie la sate R&K yg sodapp tu..nie tinggal sket dh

Nad napo muko camtu haa..eden upload jer la:P

Aku memang lapar..XD

So that are my fantastic 4...korang nnt kita jumpe lg...kali nie KeyyLLLL la plak okay!!
Chow sin chee

Wassalam

Wednesday, 4 April 2012

A year after she away~

Its been a year since I last saw you
and today is the day I'm losing you as my sister
The day that I remind the most in my life
Each of the moment of the day was crystal clear in my life
How I received a phone call from one of my sister
Telling me that you are no longer here
I don't even know what that means at that time or even to understand what really my sister told me about
but the tears know better than me
Because they drop heavily, not even I notice when
My mind kept thinking what was really happen and my faith telling me that I need to be strong
I called again the sentence that my sister said through the conversation and then I digest the word in my soul
and that time I know that my beloved sister had pass away just a few minutes before I've got the called
I struggle to stand up to do what I'm suppose to do
But nothing, nothing I can do
I'm too far away to be able to see the face again for the last
The thing I can do is pray
Pray for the soul of her to be place with people who be loved by ALLAH, by the side of people who have "taqwa and beriman".


I miss you so much sister and " I love you LILLAH 

Wednesday, 28 March 2012

MFMF

Assalamualaikum


Its been a long time since I write I think. I've been busy with work and a lot of things need to caught up and much more. Just early this year I've been posting about how glad I am to been working with one of the company as QA executive, but sorry to say that today I finally resign from that job and ALHAMDULILAH I've already got another job as RA (research assistant ) at UTM under supervision of Dr.Haryati from Faculty of Bioscience and Bioengineering. My biggest hope for this job is that I can do it with all my enthusiasm and most important thing I hope I will be happy and of course I hope that I can further my master under Dr.Haryati too:)

Talking about working, since working with my just last company of course taught me a lot of thing that I think make more stronger than I am before. Dealing with co-workers that have many attitude and behaviour also a tough one for me. I am a person that not used to order people to do things or job, but more to ask nicely, but it is not working so well with co-workers that are much more older than you and have much more experience compare to you. Plus with the boss, that are bossy, make me not the tougher person i thought I am. Then finally, the decision to resign was made and I also think that QA position is not so me, and right now I think I'm making excuses, hahaha. Actually, the job was so fun, full with new things to learn, great people that help me a lot with my work, but I think that job does'nt suit me well and mungkin bukan rezeki saya kerja kat situ. But I have fun. Thanks to Kak Jamilah, Nizan, Kak Ros, Kak Nana, Kak Nithya, Jumadi, Abg Rebli, Fariz, Mazran, Fendi, Izyan, Kak Nisak, Kak Nisa,Kak Farah, Normah, my boss Setow, Silo person, Feedmill production person, and all those people that make my working experience a memorable one. Thank you very much, I really appreciate it. Hope that all of you will be success and happy always (oh this is cliche), but truly from my heart.And also thanks to Malayan Feedmills (MFMF) for giving me an opportunity to gain experience from your company.

As I walk away from the company, I realise that there will be more obstacles and many more things that I have to face on and I need to be strong, and I think Insyaallah I will this time. Oh before I forgot, in my planing I will be selling blouses via online but not really sure yet what medium I should use either Facebook or this blog site. Just wait for it. See ya!!

wassalam





Wednesday, 8 February 2012

wordless wednesday

Assalamualaikum

Jom layan lagu nie, juz in love with this song for the moment, without reason..XOxO..



Monday, 23 January 2012

nO lucK on CNY

Assalamualaikum


Ehem, ehem, well, aku rasa this CNY xde onggggg laa...adoyai. Sebab nye, satu aku kene saman pasal potong double line, second pasal aku langgar bontot kene satria neo sape entah arini. Sape suh die brek emergency kn..kn..dah xpasal-pasal  aku sebat bontot kete ko, keta ayah aku pon kene la skali kat bahagian bwh lampu depan, masa aku elak keta tu, nasib baik elak, kalau x mesti kemek depan keta ayah aku, abis tersagat..huhu..mengamuk ayah aku ngn aku..celaka punye satria neo..abis aku kene...T_T. Ingat kan balik cuti raya cina nak hepy2, lupekan masalah kat tempat keje, tp lain plak jadinye..nasib nasib..emmmm..nak buat cane dah jadi, terpaksa la aku kuar kan duit gaji tuk repair keta ayah.sob..sob..sob

Wednesday, 11 January 2012

Sekeliling pandang

Assalamualaikum

Tadi masa keje, aku tengah-tengah syok baca lab manual fikiran aku melayang, mungkin disebabkan terlampau syok baca lab manual kot. Aku pandang kiri kanan, tgk belakang, depan, atas dan bawah. Tapi aku tak pandang lame-lame la, kejap jer, takut pulak orang dalam lab ingat aku nak cari pasal, aku budak baru, kene bersopan dan santun sikit. Ok, back to the fikiran melayang td, aku perasan orang-orang kat sekeliling aku, tak pernah pun aku duga akan aku jumpa dalam hidup, persekitaran kawasan aku kerja pun, tak pernah terlintas atau aku bayang aku akan berada dalam keadaan begini, ke sana ke mari, buat itu dan ini yang tak pernah aku buat, akhirnye,aku conclude kan itu lah hidup aku, macam mana aku suka atau tak dengan hidup aku sekarang, aku kene teruskan. Terpulang pada aku macam mana aku nak hidup aku diisi dan dicorakkan. Kalau aku nak hidup aku happy, aku kene happy dan enjoy apa yang aku buat, dan suka dengan persekitran baru dan orang-orang yang aku kenal, kalau aku tak nak, aku boleh benci dengan kerja aku, tak berkawan dengan orang-orang disekeliling aku..well, sumer terpulang kat diri aku dan yang paling penting aku kene jadi diri aku sendiri, yang baik aku amek yang tak baik aku buang and one thing yang aku realize, dunia kerja sgt-sgt berbeza dengan dunia study. Mental dan fizikal kene kuat.


image from google

P/S: feel free to express yourself

Tuesday, 3 January 2012

akhirnya aku bekerja

Assalamualaikum


Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah....akhirnya..kemarau pengangguran aku dh pun berakhir dengan penawaran kerja sebagai QA executive dari Malayan Flour Mill petang tadi. Fuhhh lega gila rasanya bila dapat call dari admin kata aku dapat keja yang aku mintak tu setelah aku agak frust dengan sesi intebiu aku semalam.
Yela semalam adalah second time dalam hidup aku pergi intebiu. Nebes tok sah nak cita la kan..memang gabra abis, sampai nak sign kat borang pelawat pon aku tak leh nak sign gara-gara tangan aku kene parkinson sekejap. Sign tetap sign gak, tapi buruk masyaallah lah. First time aku alami pengalaman intebiu ni, masa abis matrik dulu, tu pun intebiu maktab untuk jadi cikgu TESL, so situasi masa aku intebiu TESL dulu aku tak apply la sebab aku tak dapat masuk maktab huahuahuahahaha. Yela kan, kalau aku dapat masuk, awat aku nak p mintak keje QA plak dh kn kn...


Semalam intebiu aku tu start kul 2 petang. First-first skali masa sampai, lepas melalui tol guard kat depan gate, aku naik tingkat 3, jumpe receptionist, pastu, seorang awek receptionist nie suh aku isi satu borang yang agak melampau panjangnya sampai lenguh tgn aku menulis beralas peha kecik molek aku jer..pastu aku tunggu ade la dalam 15 minit before diorang panggil aku masuk conference room. Masa tunggu tu, ade sorang mamat baru dtg and kena isi borang gak..aku curi-curi gak la tgk borang dia..fuhhh, naseb baik borang dia lain, means dia mintak jawatan lain la dari aku..hehe..sungguh aku suka masa tu and rasa peluang cerah nak dapat, dalam masa yang sama, hati tetap berdebar, sama mcm waktu nak tahu sape juara maharaja lawak mega la debaran aku saat itu. Jeng..jeng jeng, tiba lah masa utk aku kene intebiu. Dalam room tu ada seorang chinese lady and malay lady.

Macam biasa lah, diorang suh aku duduk, baru aku duduk. Soklan mula-mula, suh kenal kan diri. Aku memang dah prepare  a few questions yang aku agak-agak die mesti tny..so bab kenal kan diri lancar jer..english smooth gila tok sah cita...haha...masuk soklan kedua terus hancusss...haha..tp the interviewer agak friendly and tak la serius sgt..diorang belek-belek resume ngan sijil-sijil aku and tanya aku aktif sukan apa dan also soklan pasal company dan jawatan yang aku mntk tu kuar. tapi mcm biasa la...apa yang aku prepare tu, aku dh lupe, so memang spontan aku jwb sambil-sambil merapu sket pasal job tu sebab aku pn tak pasti keje yang aku mntk tu..keje yg mcm mana..satu soklan yg buat keyakinan aku turun dari level 5 ke 2 adalah soklan dari chinese lady nie. After die explain pasal tugas-tugas QA tu, die tny aku mcm nie"awak sgt muda, awak tahu tak yang keje bwh awak nnt umur 26, 30, 35 and so on..yg lg tua dari awak, ramai lelaki plak tu, mcm mana kalau diorang tak nak dengar arahan awk dan tak nak buat keje yg awk suruh"pergghhhh..soklan nie memang aku xreti gile nak jwb,kelu lidah aku, amoi  nie plak tny soklan nie byk kali, tp dalam versi berbeza, tapi aku jwb jugak walau bagaimanapun...tapi jwpn aku tu aku rasa memang tak best.



Macam tu la experience aku kena intebiu, aku memang nebes sgt-sgt, tapi aku syukur sebab lain kali kene intebiu aku dah ada pengalaman mcm mana nak handle kene intebiu . Diorang kate dalam a week diorang akan inform aku sama ada aku dapat ke tak job tu. So, hari nie dari kul 9 aku tunggu call dari diorang, dah ke petang aku dh mula frust sebab tak de pon diorang call aku..mesti tak dapat nie, bisik hati aku..tapi alhamdulilah dalam kul 3.30 mcm tu, diorang call...syukur2...menitik air mata aku...hehehe...


p/s: Usaha la cari keje, jgn  mudah putus asa, insyaallah rezeki dari ALLAH itu melimpah ruah untuk hambanya